UNIT 9 : REKA BENTUK KURIKULUM MALAYSIA
ANALISIS REKA BENTUK KURIKULUM, POLA KURIKULUM DAN ORIENTASI KURIKULUM YANG DILAKSANAKAN DALAM KURIKULUM KEBANGSAAN
Menurut Tyler 1949, kurikulum ni
merupakan satu alternatif prosedur dalam merangka, menerapkan dan menilai suatu
kurikulum. Terdapat tiga model kurikulum yang dikemukakan oleh tiga peloper
terkenal. Yang pertamanya ialah Hilda
Taaba. Pada
tahun 1962, beliau mencipta model kurikulum rasional atau juga dikenali sebagai
model objektif. Melalui model ini, beliau menekankan proses pemikiran induktif
dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, beliau juga menggunakan
pendekatan grass-roof. (Grass roof merupakan perancangan bahan-bahan yang
direka bentuk oleh guru untuk tujuan pengajara). Yang kedua ialah Stenhose. Pada tahun 1975, beliau telah membentuk tiga prinsip
iaitu ‘Prinsip pemilihan kandungan’, ‘Prinsip pembentukan strategi pengajaran’
dan ‘Prinsip bagi menentukan susunan pengajaran’. Melalui prinsip-prinsip ini,
pendidik akan tahu apa yang perlu diajar kepada pelajar dan bagaimana cara
untuk pastikan bahawa pelajar faham apa yang sedang diajar. Yag ketiga ialah Zais. Pada tahun 1976, beliau telah menuntut guru untuk
mengorganisasikan diri mereka dalam memperbaharui kurikulum. Ini bermaksud
bahawa, Guru perlu bekerja dalam bentuk organisasi atau bekerja sendiri. Jadi
dalam model ini, pembaharuan kurikulum dicontohkan dalam skala kecil untuk
diaplikasikan oleh para pengajar.
Terdapat tiga klasifikasi model reka bentuk kurikulum, iaitu :
1. Model Rasional/ Objektif.
- Model ini dipelopori oleh Tyler dan Taba. Melalui model ini tujuan pembelajaran akan ditentukan terlebih dahulu, kemudian cara diusahakan, dan barulah matlamat ditetapkan. Dengan cara ini, kita dapat tahu sama ada objektif pembelajaran kita sudah dicapai atau belum.
- Model ini dikemukakan oleh Wheeler, Nicholls & Nicholls dan juga Mac Donald. Model ini memberi penekanan kepada penyelesaian masalah dan hubungan antara sistem. Ini bermaksud bahawa, mereka mengaitkan kehidupan seharian dengan kurikulum. Jadi dengan cara ini, kita dapat mengetahui teknik-teknik kurikulum untuk menyelesaikan suatu permasalahan.
- Model ini dikemukakakn oleh Zais, Walker and Skilbeck, Saylor and Alexander dan juga Goodlad. Jadi model ini mempunyai ciri iaitu integrasi pelbagai pembolehubah dasar dan pembolehubah komponen.
Seterusnya, terdapat empat orientasi reka bentuk
kurikulum iaitu 'Kurikulum berpusatkan pelajar','Kurikulum berpusatkan akademik','Kurikulum berpusatkan masyarakat' dan 'Kurikulum eklektik'. Kurikulum
berpusatkan pelajar
memberikan fokus kepada potensi murid dan pegajaran mengikut minat murid iaitu
berorientasikan aktiviti dan membina pengalaman pelajar berdasarkan minat, keperluan
dan tujuan. Kurikulum berpusatkan
akademik pula
menekankan tentang pengetahuan, nilai dan warisan budaya iaitu
berorientasikan subjek dan pengetahuan.
Selain itu, kurikum ini juga memberi fokus kepada pengetahuan untuk
membangunkan intelek dalam kalangan pelajar. Kurikulum berpusatkan masyarakat ialah berdasarkan kepada kesejahteraan
masyarakat dan berasaskan pemikiran bahawa manusia merupakan makhluk sosial
yang perlu menjalankan kehidupan bersama walaupun ada kalanya mempunyai
konflik. Kurikulum yang seterusnya ialah kurikulum eklektik. Kurikulum ini merupakan gabungan antara ketiga-tiga
kurikulum iaitu ‘Kurikulum berpusatkan pelajar’, ‘Kurikulum berpusatkan
akademik’ dan ‘Kurikulum berpusatkan masyarakat’. Kurikulum eklektik ini lebih
menekankan kepada keterampilan dan potensi seseorang untuk menyelesaikan
suatu
permasalahan.
Pola reka bentuk kurikulum pula terbahagi kepada empat iaitu, 'Kurikulum sebagai perancang','Kurikulum sebagai objektif','Kurikulum sebagai proses' dan 'Kurikulum sebagai hasil'. Bagi pola yang pertama iaitu kurikulum sebagai perancang, ia merupakan kurikulum yzang dibentuk oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan penting untuk dilaksanakan
oleh setiap pendidik. Oleh itu, semua pendidik mesti mentafsir, menterjemah dan
melaksanakan kurikulum ini berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) yang dijadikan sebagai panduan pengajaran.Rancangan
pengajaran pula berpandukan kepada topik-topik yang terdapat dalam rancangan
kerja dan silibus yang terdapat dalam Buku Teks. Sebagai contohnya, kurikulum
sebagai perancangan ini ialah Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan Rancangan
Pengajaran Tahunan (RPT). Kedua, kurikulum
sebagai objektif.
Melalui kurikulum , objektif pembelajaran akan ditetapkan selaras dengan
keperluan murid, masyarakat dan pandangan pakar dalam pelbagai bidang yang
telah dikaji dengan berpandukan kepada falsafah dan matlamat pendidikan.
Sebagai contohnya, matlamat atau objektif pembelajaran dan Standard
pembelajaran. Ketiga, kurikulum
sebagai proses. Kurikulum
ini merupakan satu proses dalam Pengajara Dan Pembelajaran (PDP) iaitu berlaku
melalui interaksi antara guru, antara murid serta melalui bahan dan
pengetahuan. Sebagai contoh, interaksi yg wujud semasa aktiviti pengajaran yang
dijalankan di dalam kelas. Keempat, kurikulum
sebagai hasil/ out come. Kurikulum juga dapat melahirkan insan yang seimbang dari
aspek rohani, jasmani, emosi mahupun intelek serta dapat mewujudkan masyarakat
yang mampu memenuhi aspirasi Negra iaitu melalui keberhasilan pembelajaran.
(Juga dapat difahami sebagai hasil/ out come melalui keberhasilan pembelajaran).
ANALISIS REKA BENTUK KURIKULUM KEBANGSAAN DARI DIMENSI VERTIKAL DAN DIMENSI HORIZONTOL
DIMENSI VERTIKAL
Dimensi
vertikal merupakan penyusunan secara menegak. Dimensi vertikal adalah dimensi
yang menggambarkan kaitan antara peraturan pengalaman belajar dalam bidang yang
sama dengan pertimbangan waktu dari satu tingkat dan ke tingkat yang seterusnya.
Prinsip-prinsip yang terkandung dalam dimensi vertikal ialah :
1.
Prinsip Kesinambungan
Prinsip kesinambungan bermaksud pemeringkatan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai oleh murid-murid sejajar dengan pertumbuhan fizikal dan perkembangan mental seiring dengan peningkatan usaha mereka. Ianya merupakan suatu kurikulum yang sempurna kerana mempunyai kesinambungan yang lancar dengan dimulai dari peringkat yang paling asas dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, objektif yang penting hendaklah sentiasa diulang dan didedahkan secara berterusan dengan berbagai-bagai kaedah dan cara bagi menentukannys dipelajari dengan menyeluruh.
2.
Prinsip Urutan
Prinsip
urutan bermaksud jumlah timbun-tambah ilmu, kemahiran dan nilai yang dibina
menerusi pembelajaran yang dilaksanakan merentas waktu. Prinsip ini menyarankan
pembelajaran hendaklah berterusan dan berturutan dengan berdasarkan pengalaman
lalu, supaya setiap pelajar berpeluang mempelajari sesuatu dengan lebih dekat,
meluas dan mendalam.
DIMENSI HORIZONTOL
Dimensi horizontal bermaksud susunan kandungan secara sebelah-menyebelah. Maksudnya, kandungan pembelajaran dalam satu subjek adalah sealiran dengan satu lagi subjek dari segi kandungannya dan penilaiannya. Hasil yang sama akan dikumpulkan kepada satu tema dan topik, iaitu dengan menetukan skop kandungan kokurikulum secara mendatar. Dimensi horizontal juga dapat diafahami sebagai susunan isi kandungan daripada pelbagai matapelajaran yang sama atau secara sebelah-menyebelah untuk menjadi satu matapelajaran yang baru. Misalnya, isi kandungan dalam subjek mikroekonomi , makroekonomi, ekonomi monetari dan ekonometrik digabung menjadi subjek baru iatu ekonomi pengurusan. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam dimensi horozontol ialah :
1.
Prinsip Skop
Prinsip skop adalah berkaitan dengan keluasan dan kedalaman kandungan yang perlu dimuatkan dalam sesuatu kurikulum dan pengajaran. Ia juga boleh difahami sebagai isi kandungan sesuatu matapelajaran yang dipelajari. Keluasan dan kedalaman kandungan ini berkaitan dengan tahap pendidikan yang membolehkan setiap murid menguasai kandungan mengikut tahap-tahap pendidikan kognitif. Beberapa perkara yang ditekankan dalam prinsip ialah berkenaan dengan matapelajaran, kesediaan murid untuk belajar dan pengalaman murid.
2.
Prinsip Integrasi
Prinsip integrasi menetapkan agar pengalaman pembelajaran dihubungkaitkan antara satu sama lain supaya pembelajaran dihubungkaitkan antara satu sama lain supaya pembelajaran lebih bermakna dan menyeluruh. Prinsip integrasi selalu dikaitkan dengan elemen merentas kurikulum dari aspek bahasa, ilmu, kemahiran, nilai, teknologi, inovasi, kreatif dan keusahawanan. Misalnya, memasukkan isu-isu semasa masyarakat dan negara dalam pembelajaran dan tidak hanya semata-mata teori di dalam kelas sahaja.
3.
Prinsip Imbangan
Prinsip
imbangan merujuk kepada kadar agihan, kepadatan muatan dan kesesuaian kandungan
dengan masa pembelajaran yang diperuntukkan kepada murid-murid untuk
menguasainya. Prinsip imbangan menekankan kepada satu perkara dalam satu masa
maka prinsip ini adalah tergolong dalam dimensi horizontal atau menegak.
Ralph Tyler |
Ralph Tyler telah memperkenalkan Model Kurikulum Tyler pada tahun 1949. Model ini memberikan penekanan kepada suatu pembelajaran yang terarah, dirancang dan dikelola oleh pihak sekolah. Tyler menegaskan bahawa untuk mencapai sesuatu tujuan, penggunaan objektif dalam perkembangan kurikulum sangat mustahak. Menurut beliau, penekanan yang perlu dititikberat dalam proses pendidikan ialah pembentukan tingkah laku. Terdapat empat persoalan asas yang mempengaruhi pembentukan Model Kurikulum Tyler.
OBJEKTIF :
Apakah tujuan pendidikan yang hendak dicapai?
- Objektif yang dinyatakan oleh Tyler dalam modelnya bermaksud matlamat yang hendak dicapai oleh guru terhadap pelajarnya.
- Dalam proses pengajaran dan pembelajaran seseorang guru akan menetapkan matlamat dan objektif yang diperoleh di akhir sesuatu pembelajaran yang dilaksanakan.
- Tyler menyatakan bahawa dalam usaha mencapai objektif, seseorang pendidik harus memastikan bahawa objektif pelajaran yang dipilih mestilah selaras dengan keperluan pelajar di samping isi kandungan yang sesuai dengan keperluan masyarakat.
- Satu ciri objektif yang jelas baik pula haruslah realistik dan sejajar dengan aras kebolehan serta minat pelajar.
- Sebagai contohnya, matlamat pengajaran bagi pelajar yang lemah dan cemerlang perlu berbeza.
- Kandungan kursus yang mantap mestilah berdasarkan pemilihan dan perancangan pembelajaran oleh pendidik.
- Seseorang pendidik perlu kreatif dalam memilih kandungan pembelajaran.
- Perancang kurikulum harus mengambil kira aspek pengalaman sedia ada pelajar.
- Untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan, penyusunan bahan kurikulum harus disusun mengikut unit-unit pembelajaran dari aras mudah ke aras yang lebih kompleks.
- Pemilihan kaedah pengajaran merupakan suatu yang sangat penting kerana pemilihan kaedah yang bersesuaian dengan isi kandungan yang disampaikan akan membawa kesan terbaik kepada pembelajaran pelajar.
- Pemilihan buku-buku rujukan yang sesuai disamping alat bantu mengajar yang menarik dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan memberi impak yang positif.
- Sebagai contohnya, guru juga boleh menggunakan kaedah pengajaran yang berbeza dari kaedah pembelajaran konvensional seperti membuat kuiz ( Kahoot, Quizizz, Quizlet) menayangkan video berkenan pengajaran yang akan dibuat dan melakukan perbincangan antara kumpulan.
- Penilaian akan dilakukan untuk melihat kesan ketercapaian objektif dan matlamat kurikulum sama ada berjaya atau sebaliknya.
- Penilaian ini pula boleh dilaksanakan dengan berbagai-bagai kaedah dan pada pelbagai peringkat bagi mendapatkan pembuktian keberkesanan pembelajaran dan pencapaian objektif yang telah ditetapkan.
- Terdapat dua bentuk penilaian dijalankan iaitu :
(A) Penilaian formatif
- Merupakan penilaian secara berterusan yang dilakukan selepas selesai sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran.
- Sebagai contohnya, guru bertanya soalan kepada pelajar setelah selesai mengajar untuk menilai kefahaman pelajar terhadap perkara yang dipelajari.
(B) Penilaian sumatif
- Merupakan penilaian berasaskan peperiksaan.
- Sebagai contohnya, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) dan peperiksaan akhir tahun.
REKA BENTUK KURIKULUM KEBANGSAAN DAN PENTERJEMAHAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Reka bentuk kurikulum adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan kurikulum yang bertujuan, sengaja dan sistematik (blok pengajaran) dalam kelas atau kursus. Dalam erti kata lain, ia adalah cara guru merancang arahan . Apabila guru merancang kurikulum, mereka mengenal pasti apa yang akan dilakukan, siapa yang akan melakukannya, dan bila. Matlamat utama adalah untuk meningkatkan pembelajaran pelajar , tetapi ada sebab lain untuk menggunakan reka bentuk kurikulum juga. Selanjutnya, penterjemahan merupakan perbuatan mentafsir sesuatu teks dan menerbitkan semula ke dalam bahasa yang lain. Tujuan utama penterjemahan adalah untuk menghasilkan satu karya terjemahan (teks sasaran) yang membawa makna yang sama dengan sesuatu karya asing (teks sumber). Ada beberapa kepentingan Penterjemahan ke dalam sistem pendidikan di Malaysia. Antaranya ialah, boleh mempraktikkan empat kemahiran. Dari segi kecekapan komunikasi, mereka memerlukan ketepatan, kejelasan dan fleksibiliti. Penterjemahan membantu melatih pembaca untuk mencari (fleksibiliti) untuk perkataan yang paling sesuai (ketepatan) untuk menyampaikan apa yang dimaksudkan (kejelasan). Disamping itu, menggalakkan pelajar membincangkan makna. Tambahan pula, mecari maklumat dalam internet dan memahami interaksi. Akhir sekali ialah membantu dalam proses penulisan.
Comments
Post a Comment